Kayuhan Basikal Kemerdekaan 2019 Kg.Kubu Gajah

25 Ogos 2019 | Aktiviti Terkini

Kayuhan Basikal Kemerdekaan adalah acara santai yang sesuai untuk seisi keluarga dan terbuka untuk semua masyarakatg. Program membabitkan kayuhan sejauh 30 kilometer (km) bermula dari Bukit Rahman Putra, Ia bermula pada pukul 9.00 malam. Program ini disertai lebih kurang seramai 150 peserta. Objektif utama program kayuhan ini untuk membangkitkan semangat kemerdekaan dalam kalangan masyarakat setempat kerana melalui aktiviti berbasikal, ia mampu menyatupadukan semua kaum dan agama. Selain itu juga, ia juga dapat mengeratkan hubungan masyarakat serta mewujudkan semangat kesukanan dalam kalangan anak muda, selain melahirkan masyarakat yang sihat dan cergas.

Pelepasan peserta dilakukan yang berada di Kampung Kubu Gajah dilakukan oleh Pengerusi MPKK iaitu En. Safiei. Program ini merupakan kerjasama antara MPKK Kubu Gajah dan MBSA Shah Alam.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali